MY SITE

My photo
kelantan
all about kelantan fishing zone and information

Monday, April 26, 2010

TUKUN TIRUAN

Sejak lebih 30 tahun lepas pelbagai kajian dilakukan bertujuan meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan di negara ini dengan perlaksanaan pembangunan tukun tiruan yang pertama pada tahun 1975
Sejak itu pelbagai kaedah dilakukan termasuk penggunaan tukun tayar, tukun pvc, tukun bot seramik dan yang lebih praktikal ialah tukun konkrit.. Usaha berterusan terhadap pembangunan
tukun tiruan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh yang lama dilakukan atas dasar kesedaran kepentingan sektor perikanan ini.
Kelebihan tukun tiruan konkrit bukan saja mengalakan pembiakan ikan malahan sesuai untuk dijadikan tempat kehidupan pelbagai jenis batu karang. pelbagai spesis anak ikan dapat dilihat berlegar di ruang atas tukun tiruan. ini menunjukkan bahawa stuktur tukun tiruan turun berfungsi sebagai habitat bagi pelbagai jenis anak ikan.
Penggunaan pukat tunda dikenalpasti sebagai punca utama kemusnahan ekosistem pesisiran pantai termasuk menangkap anak ikan yang belum sempat membiak. kemusnahan habitat semulajadi iaitu kawasan batu karang yang menjadi tempat pembiakan,semaian dan mencari makanan sebahagian besar kehidupan laut kerana pencerobohan bot pukat tunda.
Aktiviti perikanan yang sangat aktif dan tidak seimbang itu dengan proses pembiakan dan pembesaran spesis ikan tertentu boleh membawa kepada kemerosotan sumber perikanan negara.Pembangunan tukun tiruan dilihat bukan saja akan membantu peningkatan produktiviti sumber perikanan malah diharap dapat mengurangkan aktiviti pencerobohan bot pukat tunda.

No comments:

Post a Comment