MY SITE

My photo
kelantan
all about kelantan fishing zone and information

Thursday, May 6, 2010

MISI MENAWAN EBEK DI K.BESAR

2.30p.m kita semua sampai di jeti k.besar.. bersiap sedia untuk menjayakan misi ini.. iaitu menawan ebek minimum 3kg
salah satu senjata yg digunakan adalah daiwa opusbull (modded) mekanikal telah diubah suai

kami bertolak pada pukul 3p.m bersiap sedia dengan senjata dari pelbagai jenama abu gargia sorons,daiwa opusbull, daiwa fream j dan lain lain untuk menawan ebek dan juga ikan yang lain.


apollo yang digunakan untuk menangkap ikan aya.. tuan bot punya



kami tiba di destinasi hampir malam.. sampai je terus jig la.. apa lagi


blue spotted ray juga didapati di kawasan ini. gu kito nampok jebeh jah.. kerana target utama adalah ebek.. tapi pari pun jadi la

waktu pagi menjelma.. tangkapan pertama ebek 5kg.. jigging cubaan pertama je dapat dah..


ebek 4.6kg dgn 4.1kg ... live bait( udang hidup)


ebek 5.2kg

misi ni cuma berjaya menawan 6 ekor ebek je..selain tu ada jugak pari , keceng, kerapu dan jenahak..(tak sempat ambik gambar.. sorry)



member kita sempat menimbang dan diambik gambar sebagai bukti.. kita bukan cakap kosong atau buat cerita lebih lebih punya.. setengah orang boleh 2kg cakap 8kg. haha.










Thursday, April 29, 2010

jigging ebek 2.9kg (rod PE1-3)



ebek 2.9kg mengguna kaedah jigging dengan jig 40gram


layaran

Wednesday, April 28, 2010

28/04 fishing trip to SB

kawan kita termenung jauh... tokleh ike..

keceng
keceng


ikan sagai



ikan sagai.. jigging




cupok





ebek .. jigging






Tuesday, April 27, 2010

Pesanan kepada semua pemancing

Kepada semua kaki pancing.. Kita perlu mengamal satu sistem iaitu menghadkan saiz ikan yang ditangkap terutamanya dikawasan pantai timur kerana pada zaman sekarang jarang kita dapat tangkapan ikan yang kasar dan sumber ikan semakin berkurangan.. punca? ikan tak sempat besar la.. setengah kaki pancing mendapat ikan kecil bukan saja tak dilepaskan malah dibuang atas darat.. sumber ikan sekarang semakin berkurangan terutama di kawasan pantai timur disebabkan semakin ramai kaki pancing dan bot pukat tunda.. Jika semua kaki pancing dapat mengamalkan sistem ini.. pasti sumber ikan akan bertambah seperti dulu .

Monday, April 26, 2010

TUKUN TIRUAN

Sejak lebih 30 tahun lepas pelbagai kajian dilakukan bertujuan meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan di negara ini dengan perlaksanaan pembangunan tukun tiruan yang pertama pada tahun 1975
Sejak itu pelbagai kaedah dilakukan termasuk penggunaan tukun tayar, tukun pvc, tukun bot seramik dan yang lebih praktikal ialah tukun konkrit.. Usaha berterusan terhadap pembangunan
tukun tiruan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh yang lama dilakukan atas dasar kesedaran kepentingan sektor perikanan ini.
Kelebihan tukun tiruan konkrit bukan saja mengalakan pembiakan ikan malahan sesuai untuk dijadikan tempat kehidupan pelbagai jenis batu karang. pelbagai spesis anak ikan dapat dilihat berlegar di ruang atas tukun tiruan. ini menunjukkan bahawa stuktur tukun tiruan turun berfungsi sebagai habitat bagi pelbagai jenis anak ikan.
Penggunaan pukat tunda dikenalpasti sebagai punca utama kemusnahan ekosistem pesisiran pantai termasuk menangkap anak ikan yang belum sempat membiak. kemusnahan habitat semulajadi iaitu kawasan batu karang yang menjadi tempat pembiakan,semaian dan mencari makanan sebahagian besar kehidupan laut kerana pencerobohan bot pukat tunda.
Aktiviti perikanan yang sangat aktif dan tidak seimbang itu dengan proses pembiakan dan pembesaran spesis ikan tertentu boleh membawa kepada kemerosotan sumber perikanan negara.Pembangunan tukun tiruan dilihat bukan saja akan membantu peningkatan produktiviti sumber perikanan malah diharap dapat mengurangkan aktiviti pencerobohan bot pukat tunda.

Saturday, April 24, 2010

SB kelantan live bait fishing




at SB live bait fishing
sailfish(suji) around 8a.m
ps. bukan saja di rompin ada.. haha

Monday, April 5, 2010

SB fishing.. jigging

Haruan tasik
Tenggiri 4.3kg

Cermin


Bayam 3.02kg.. ikan ini jarang didapati di kawasan ini kerana kebanyakan ikan ini didapati
dikawasan berdekatan pulau pulau yang mempunyai habitat batu karang..
disebabkan sekarang kebanyakan habitat batu karang hampir musnah.. ikan
jenis ini sekarang boleh didapati dikawasan unjang dan tukun sekitar
pantai timur .



Wednesday, March 31, 2010

Thursday, March 18, 2010

TPT kelantan fishing(bottom)

ikan mayo 2.7kg ikan saga 1.2kg





ikan barat ini dipancing menggunakan mata apolo



Tuesday, January 19, 2010

night fishing at SB.

pari 5.4kg.. nak malam dah baru bleh
cupok 4.8kg

tak sampai 5 minit dapat 3 ekor haruan tasik
guna umpan sotong( satu ekor lagi dok dalam
peti ais.. tokleh pegang pasa ada 2 tangan jah)